DONE!
alhamdulillah.
teringat detik-detik awal bergelar dengan 'gelaran itu'.
sedaya upaya untuk mengelak.
pernah terfikir untuk tarik diri seperti orang sebelum saya.:D
tapi.
bila memikirkan kesungguhan DIA yang meletakkan saya di sini,
sedaya upaya juga belajar untuk menerima.
mungkin ada sesuatu yang DIA ingin saya belajar dan faham.
sungguh, DIA MAHA MENGETAHUI.
bila jumpa ayat ni:
"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit ,bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat jahil."[al-ahzab:72]
menggigil.
takut!
mampu ke aku ni?
terasa diri sangat tak kuat untuk hadapi.
banyak benda kena settle.
x sikit air mata yang mengalir di hadapan DIA kerana 'amanah itu'.
tapi..
perancangan ALLAH itu sentiasa terbaik!
DIA tak pernah tinggalkan saya.
selalu DIA kirimkan orang-orang yang mampu buatkan saya tersenyum.& gembira ketika berada 'di situ'.
TERIMA KASIH ALLAH.
sekarang..
'gelaran' itu sudah beralih tangan.
'amanah' itu juga sudah beralih bahu.
memang banyak yang saya belajar.
dari sekecil-kecil perkara.
sampai sebesar-besar perkara.
inilah tarbiyah ALLAH untuk saya.
bila saya meminta untuk diri ini diperbaiki.
DIA bijak mengatur rencana.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
apa-apa pun
doakan saya terus kuat.
doakan hati saya sentiasa ikhlas.
doakan masa saya terus diberkati dengan perkara-perkara yang bermanfaat.
doakan semoga Allah menerima setiap amalan saya.
Ishq Pyar Mohabbat...
Splendiferous Night...
Hatiku Milik Siapa...
*terima kasih Allah.izinkan saya bekerja dengan orang-orang hebat di sekeliling saya..
Jazakumullahu kheir kathira juga buat kalian.
*p/s: semalam Allah tiupkan rasa best kat MTC!saya tak tido.terima kasih!
No comments:
Post a Comment