CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 11, 2011

air & batu

mentang-mentang lah esok cuti, pulun update blog pule malam ni.(^_^)

masih alasan yang sama,
"sekadar berkongsi."
semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca.
sebab dalam hadith riwayat muslim:

إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ

Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali karena tiga hal,

1. Shadaqah jariyah,

2. Ilmu yang bermanfaat

3. Anak shaleh yang mendoakannya


*Memohon kepada DIA agar tulisan saya yang seciput ini dapat memberi 'sesuatu' dalam diri sahabat-sahabat.Doakan saya yang baik-baik sekiranya saya sudah tiada 'di sini' untuk menulis dan berkongsi.


Baik.

Saya nak share sesuatu yang saya rasa terkesan dengannya.

Perkongsian dari seorang senior tentang maksud uzlah.

Mula-mula saya dengar perkataan ni,tercengang juga dibuat nya.

Then, bila dah tahu makna,rasa terketuk sampai penyek kat tanah..:P

kata akh ni,

"maksud uzlah=mengasingkan diri dari makhluk, untuk dekatkan diri dengan Allah.

sebab makin kita bergaul dengan makhluknya yang lain,makin banyak dosa.tipulah kalau duduk-duduk dengan member tapi tak mengumpat........tettttttttttttttttttttttttttt*benjol sebijik!

atau kata ulama' yang lain pulak (maaf,saya terlupa nama ulama' tu) uzlah tu,mengeluarkan dunia dari dalam hati.

????????????????

ibaratnya macam segelas air yang penuh dengan batu..

memang boleh kalau kita nak isi air.tapi, x boleh banyak.nanti melimpah pule.membazir.

so, untuk mengisi semaksimum mungkin air dalam gelas tu,kena buang batu tu dulu..

sama la jugak macam hati kita.

tanpa kita sedar,dalam kehidupan sehari-hari kita, kita disogokkan dengan macam-macam kenikmatan dunia.takut takut kalau hati ni penuh dengan 'batu-batu' dunia tu sampai cinta Allah susah sangat nak masuk dalam hati.nauzubillah min zalik.

sebab tu lah islam sangat galakkan beruzlah.

walaupun seketika.contohnya waktu qiyam.tak pun waktu malam sebelum tidur.bersendirianlah dengan Allah.sungguh,Allah sangat suka dengar luahan hambaNYA.."

*wallahu a'lam