fuh!fuh! *tiup habuk*
dah lama tak update blog..
alhamdulillah..
sepanjang ketidak hadiran post dalam blog ini, banyak perkara yang berlaku..
dan banyak juga yang saya belajar..
sesekali terketuk dengan perkara yang berlaku di sekeliling.
paling menyentuh hati,
hadiah teristimewa yang saya terima dari SI DIA tatkala diri menginjak umur yang ke 20 tahun tempoh hari..
dalam diam,SI DIA sentiasa memerhati saya.
memberi apa yang saya perlukan.
dan sentiasa mengingatkan apa yang saya sering terlupa..
awal pagi lagi, SI DIA mengingatkan saya kepada satu hadith rasulullah s.a.w:
"Dua nikmat yang ramai orang yang tertipu di dalamnya iaitu kesihatan dan kelapangan waktu." Riwayat Bukhari.
dihantarkan kepada saya,
melalui seorang ammu yang tempang kakinya.
bukan seorang.tapi DUA!..
sesekali diri melihat ke arah kaki yang telah dianugerahkan.
Alhamdulillah..masih sihat.
malunya bila terkenang saat diri yang tidak sedikit mengeluh kepenatan akibat terpaksa berjalan ke hulu ke hilir saban hari.
bukan itu sahaja,
SI DIA turut menghantar 4 orang pemuda istimewa di hadapan saya sebagai tanda ingatan nya pada saya.
*takut saya tak perasan mungkin*
lama saya memerhati.
masing-masing seakan rancak berbual.
tapi,tanpa sepatah suara.
SUNYI!
hanya bunyi kereta api dan riuh rendah orang sekeliling yangmemeriahkan suasana.
ah.beruntungnya..Allah memelihara buah tutur mereka.
*terus saya terdiam.
muhasabah setiap tutur kata yang pernah keluar dari mulut ini.T_T
astaghfirullah.astaghfirullah.hati tak berhenti beristighfar atas banyaknya dosa..
tak cukup dengan itu,
saya masih menerima 'hadiah' daripada SI DIA sehingga ke malam hari.
mungkin 'hadiah-hadiah' ini sebagai reminder agar diri ini sentiasa mengingati NYA.
tak kira waktu,
sebagaimana SI DIA mendampingi saya saban waktu.
malam itu, seorang ammu tua menghampiri saya ketika sedang menunggu seorang ukhti di stesen metro Kaherah.
perasaan curiga menyelinap dalam hati saya tanpa dipinta.
bimbang yang tidak-tidak pula terjadi di negara orang.
almaklum,keadaan mesir yang tidak stabil sekarang, membuatkan sesiapa sahaja berasa tidak secure..
tiba-tiba tangannya meraba ke sisi tangga.
perlahan langkahnya..
matanya pula terpejam.
PELIK!
tapi,bila melihat setiap gerak-gerinya,
tahu lah, sesungguhnya Allah sedang memelihara mata nya.
Allah..
'Hadiah' yang tak terhitung nilainya.
malu pula rasa nya bila meminta HADIAH special dari DIRINYA seawal pagi hari ulangtahun kelahiran saya.
hadiah nya sudah ada.
cuma seringkali diri ini terlupa..
وََأمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ َفحَدِّثْ
“Dan hendaklah engkau sebut ni’mat Tuhanmu.”
[ad-dhuha:11]
'ala kulli hal..ini kisah ulangtahun saya yang ke 20.
bukan nak promote, tapi sekadar berkongsi untuk dijadikan peringatan buat sahabat-sahabat yang mengenali saya.
"Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bersyukur."
segala-galanya merupakan tarbiyah Allah.sekiranya melihat dari kaca mata dakwah.wallahu a'lam..
bukan nak promote, tapi sekadar berkongsi untuk dijadikan peringatan buat sahabat-sahabat yang mengenali saya.
"Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hambaMU yang bersyukur."
segala-galanya merupakan tarbiyah Allah.sekiranya melihat dari kaca mata dakwah.wallahu a'lam..
dari housemate yg comel.(^_^)siap sajak la bagai..jazakumullah kheir kathira.
ini pula dari sahabat-sahabat saya yang sangat sweet(^_^)
sehingga hari ini, bersamaan dengan 12 disember 2011, masih ramai yang wish dan mendoakan saya..alhamdulillah..
hadiah ini sebagai tanda.
tapi yang dikira di sisi Allah itu niat ikhlas dan doa tulus dari kalian..
rabbuna ma'akum..jazakumullahukhairan kathira..
kembar saya.NUR HANAN NIK ABDULLAH.lain mak , lain bapa..
sanah helwah ukhti..
*SI DIA=Yang Berhak Dicintai
sehingga hari ini, bersamaan dengan 12 disember 2011, masih ramai yang wish dan mendoakan saya..alhamdulillah..
hadiah ini sebagai tanda.
tapi yang dikira di sisi Allah itu niat ikhlas dan doa tulus dari kalian..
rabbuna ma'akum..jazakumullahukhairan kathira..
kembar saya.NUR HANAN NIK ABDULLAH.lain mak , lain bapa..
sanah helwah ukhti..
*SI DIA=Yang Berhak Dicintai
No comments:
Post a Comment