CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 13, 2011

ikhlas kah?

"katakanlah,sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan MEMURNIKAN KETAATAN kepada nya"(az-zumar:11)

'sesungguhnya kami menurunkan kpadamu kitab (al-quran) dengan (membawa) kebenaran.maka sembahlah Allah dengan MEMURNIKAN KETAATAN kepadaNYA.ingtlah, hanya milik Allah ketundukan yang murni itu"(az-zumar:2-3)


bagaimana amalan selama ni?

cukup ikhlas?

hurm...tengok ayat ni pulak..

"dan sungguh pada binatang ternak tu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu.KAMI MEMBERIMU minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang ang meminumnya"(an-nahl:66)

apa kaitan?

Allah mahu kita mengambil ibrah daripada perkara ini. Yang Maha Pengasih mengurniakan kita air susu yang jernih dan tidak bercampur walau setitik air kotor pun, sedangkan ia datang antara “tahi dan darah”.

Untuk siapa? untuk hambaNya yang dicintai.

Tetapi, bagaimana pula dengan amal kita?

Adakah amal kita sudah benar-benar bersih dari sebarang perkara dan hanya dilakukan untuk taat kepada Allah.


Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih.

tapi kita?

tergamak ke kita memberiNya amal yang bercampur?



No comments:

Post a Comment