CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 30, 2011

shafakillah sahabat..

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.


shafakillah dear...

ujian ini penguat iman dan penghapus dosamu..

berbaik sangka dengan DIA..

ujian tanda Allah masih sayang kamu...


Thursday, July 28, 2011

done!

alhamdulillah..

selesai..

"Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan."[syed qutb]

alaihi tawakkaltu..


now,focus on the next thing..

"maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)'[94:7]



semakin menuju ke bulan Ramadhan yang mulia..

perasaan..

gembira?

takut?

berdebar?

takpe...usaha sehabis daya..letakkan keyakinan padaNYA..

berdoa pada Allah,semoga kali ini yang TERBAIK..

Wednesday, July 20, 2011

*berfikir*

tengah sibuk-sibuk fikir ape la yang nak ditulis kat dalam blog yang berhabuk ni, tetibe jumpe quote ni..

‎"Facebook bukan Tuhan untuk kita luahkan segala-gala kepadanya. Bila kita sudah tiada rahsia akan apa yang ada di dalam hati, nescaya manisnya berkongsi rasa dengan Ilahi itu akan berkurangan nanti." ~ Hilal Asyraf



tett...






terus tak tahu nak tulis ape..

*takut hati ni dah tak sensitif lagi..
quote tu bukan facebook je..ape2 pon boleh jadi luahan hati..

ALLAHUMMA TSABBIT QULUBANA..

*mahu berkongsi ini...semoge bermanfaat..(>_<)

Wednesday, July 13, 2011

ikhlas kah?

"katakanlah,sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan MEMURNIKAN KETAATAN kepada nya"(az-zumar:11)

'sesungguhnya kami menurunkan kpadamu kitab (al-quran) dengan (membawa) kebenaran.maka sembahlah Allah dengan MEMURNIKAN KETAATAN kepadaNYA.ingtlah, hanya milik Allah ketundukan yang murni itu"(az-zumar:2-3)


bagaimana amalan selama ni?

cukup ikhlas?

hurm...tengok ayat ni pulak..

"dan sungguh pada binatang ternak tu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu.KAMI MEMBERIMU minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang ang meminumnya"(an-nahl:66)

apa kaitan?

Allah mahu kita mengambil ibrah daripada perkara ini. Yang Maha Pengasih mengurniakan kita air susu yang jernih dan tidak bercampur walau setitik air kotor pun, sedangkan ia datang antara “tahi dan darah”.

Untuk siapa? untuk hambaNya yang dicintai.

Tetapi, bagaimana pula dengan amal kita?

Adakah amal kita sudah benar-benar bersih dari sebarang perkara dan hanya dilakukan untuk taat kepada Allah.


Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih.

tapi kita?

tergamak ke kita memberiNya amal yang bercampur?



Friday, July 1, 2011

erm..



kekuatan itu milik ALLAH..