CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 13, 2011

hadith kapal

alhamdulillah..
masih diberi kesempatan untuk menulis..

mudah-mudahan detik ini diberkati..(suda banyak habiskn masa hari ni..ergh!)

hurm..orang kata,kalau kita rasa something tu best,mesti kita nak share kan..
jom kita kongsi hadith kapal..(mende la plak ni..)

sebelum tu..meh kite briefing jap pasal hadith ni..
cuba bayangkan kat depan mata kita sekarang, ada sebuah kapal yang saaaaaaaaaaaangat besar..2 tingkat!


View Image

kedua-dua tingkat tu dipenuhi dgn manusia yang bermacam2 level..(paling senang nk digambarkan.golongan kaya la yang akan dok kat atas kan?..golongan miskin & sederhana-duduk kat bawah senyap-senyap-hehe..macam cerita titanic la pulak)

nak dijadikan cerita , golongan yang dapat tiket kat level bawah ni takde kemudahan untuk naik ke tingkat atas untuk dapatkan air.Jadi terpaksalah bergantung pada golongan yang di atas untuk dapatkan air..kalau orang atas tak tanya 'cukup air atau x?' malu la orang-orang di bawah untuk meminta..takut menyusahkan, fikir mereka..

sampai suatu ketika..salah seorang dari golongan bawahan ni beri cadangan..
"aku rasa,kita dah banyak menyusahkan orang-orang di atas..apa kata kita hidup berdikari?..bukan susah untuk kita dapatkan air..tebuk sahaja lubang pada kapal ini..senang!tak payah serabut-serabut fikir?amacam?"

Go to fullsize image

agak-agak,kalau rancangan tu diteruskan..apa yang terjadi pada kapal tu ye?
mustahil tak tenggelam..

oke..sekarang kita selak hadith..

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

"Perumpamaan orang-orang yang mencegah maksiat dan melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki sebuah kapal.
Sebahagian mereka berada di atas dan yang lain berada di bawah.
Jika orang-orang yang berada di bawah memerlukan air, mereka terpaksa melalui orang-orang yang di atasnya. Lalu mereka berkata:'Jika kami tebuk sahaja lubang pada bahagian kami ini, tentu kami tidak perlu menyusahkan orang-orang di atas kami'.
Tetapi jika yang demikian itu dibiarkan oleh orang-orang yang berada di atas (walhal mereka tidak menghendakinya), maka binasalah seluruhnya.
Dan jika dikehendaki dari tangan mereka keselamatan, maka akan selamatlah kesemuanya."



Dapat x?
Cantik kan perumpamaan yang nabi gunakan?

Kita hidup dalam dunia ni sebagai satu ummah..jadi haruslah kita bergerak bersama-sama untuk memakmurkan dunia ni..
Tak boleh la kita gemuk sorang-sorang..pegi majlis ilmu sana-sini.tapi langsung tak bagi effect kat ummah..

View Image


Jangan macam tu!
nanti Allah hantar bala, bukan pada kaum yang buat mungkar sahaja..dengan alim ulama' nya sekali kena..
na'uzubillahi min zalik..
[HR Bukhari]

No comments:

Post a Comment